hasilnya..

Thursday, November 21, 2013

.ahmad ammar ahmad azam.

rasanya 2 3 hari ni kat fb semua cerita pasal dia..bukan.bukan budak cerita hantu nabila.itu tak payah.sampai semua orang pun sibuk berhenti tepi jalan tengok apa jadik.ye.saya leteww.ahaha.
lupakan budak hantu nabila tu.


ni tentang ahmad ammar bin ahmad azam.saudara seislam kita.rakyat malaysia.yang belajar di turki.dan meninggal di sana dengan sangat 'sempurna'.pengakhiran hidup dia yang sangat 'sempurna' bagi saya yang masih kosong ni.

baca kisah dia dari fb keluarga dia,sahabat-sahabat dia,rasa sedih sangat.macam tersentuh hati.tak kenal pun arwah.tapi apa yang arwah 'tinggalkan' tu betul-betul buat kita terasa.

macam mana semangat dia.macam mana niat dia.macam mana cara dia bawa islam dalam diri dia.semua tu buat kita rasa tersentuh.arwah mungkin tak sangka perjalanan terakhir dia sesempurna itu.dikelilingi doa dari orang yang bukan sebangsa dengan dia.jenazahnya diiringi oleh masyarakat setempat.di kebumikan di Perkuburan Eyub Sultan.tapi itula.macam mana mulianya peribadi arwah,macam tula mulianya arwah dilayan pada perjalanan terakhir dia.




terbaca ni dekat facebook arwah ahmad ammar.


' perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian.sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling darimu,maka itu tidak penting.jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun..kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini '





alfatihah untuk ahmad ammar.

boleh baca kisah ammar.perancangan ammar di blog saifulislam.




No comments: