hasilnya..

Thursday, April 17, 2014

.poslambat.

assalamualaikum
rajinyaaa saya.hahaha

macam tula.kalau da seru nak update blog sampai.kejap-kejap nak bukak blog update ;p

sebenarnya tengah try inbox poslaju pasal parcel banyak gila tak sampai-sampai
tak taula kenapa.geram jugak kadang.yela.of course la customer bising sebab diaorang order tapi tak sampai-sampai..ada yang beli nak pakai pegi kenduri la.nak bawak balik kampung la.so bila barang yang da diorder tak sampai on time memanglaaa diaorang bising kan

da try jugak call poslaju.sebab kenapa sekarang da poslambat sangat.baru kelmarin barang yang kitaorang pos dari bangi sampai kat customer kat seremban.barang tu kitaorang pos 2 minggu sudah..laju sangattt tu kannn.. *flip tudong*

nak marah pun kadang tefikir kesian jugak orang poslaju tu.maybe parcel belambak sangat ke..van dorang rosak ke.driver baru dapat lesen so neves pegang stereng ke.

tapi bila kena marah dengan customer kadang nak forward je kat poslaju.tapi macam da kenapa kau zalim sangat kan paiez.so sabar.sabariahh sangat ni..

maybe sebab sekarang ni da berlambak sangat kan orang beli online.so sebab tu kot jadik lambat.kadang tengok brother hantar barang ke pick up barang ke muka macam tak kose sangat nak melayan.kalau boleh 'kau bukak sendiri dik bonet van.carik mana barang kau.'haha

takpela.

layan kan aje customer ni.kita bagi kata-kata sayang sikit.harap diaorang lembut hati.
percayala kakak-kakak adik-adik semua.kalau boleh g hantar sendiri da lamaaa da p hantar sendiri parcel ni semua..


okei.sambung keje.
agak macam stress kita bebel lagi ye.

yang mana nak carik baju cantik.shawl cantik.meh datang sini



.singgah saja!.

lamanya tak bukak blog.theheee
sejak pegi pandai sangat kemas blog sampai terdelete semua entry dari 3 4 taon lepas,
teros sampai sekarang da tak update da
malas betul.kadang tak malas tapi macam ada benda lagi penting kena buat
alhamdulillah suka da dengan hidup sekarang
dulu suka jugak.
tapi dulu rasa macam banyak gak masa lapang
boleh pegi layan running man sampai pukul 3 pagi
boleh tido lama
boleh keluar jumpa kawan-kawan

sekarang ni kurang da masa lapang macam dulu
sebab da isi dengan benda lain
alhamdulillah
beguna jugak masa yang allah bagi
kalau tak engkauu asyik buang masa aje
huhuhu

sejak paten da kawen rahmah da duduk eco da jarang da jumpa
lagilaaa sejak diaorang pun da bisnes juga
ahahahaha
kalau dulu aku la yang selalu tak ada bila kelua jumpa kawan-kawan
sebab aku je yang busy
lepas tu tak pandai bagikan masa
kelibut lebih.so selalu laa tak dapatla join diaorang

sekarang bila da tau nak bagikan masa
budak 2 orang tu pulak da start busy jugak
busy bisnes
ahahaha
kemaennn kau
paten da start bisnes kek dia da
tapi  tak pernah pon rasa.;p
nanti cerita pasal kek dia heh

rahmah sejak da berhenti keje.duduk eco.dia bisnes jugak
bisnes jaga anak
tapi pon dia freelance engineer
dia malas sikit nak bisnes jejual barang ni
tak kose agaknya.

Lawa Land sekarang alhamdulillah
da ada nampak sikit perubahan
barulaaa aku tau susah gila kot nak betul-betul involve ngn bisnes ni
memang la da lama bisnes
tapi dulu tak besistem
semua tindakan adalah sesuka hati haku
agak nak buat ni.buat.
agak telupa nak kira stok..biarkan
tu yang manjang tak cukup masa
sebab mungkin time management tu salah
sekarang alhamdulillah
tu pun banyak gila kena belajar
doakan heh

eh.panjang pulak.
tadi kata malas

nanti-nanti kita update lagi okei!

dia takleh janji
kalau janji haramm.kelaut peginya janji tuu
dia kena macam ni

tengah buat keje.
tiba-tiba blur 

bukak blog
UPDATE!!
gituuuu...  ;)


Wednesday, January 1, 2014

.2014-bismillah.

alhamdulillah.

da masuk 2014.sekejap je masa

2013.allah beri apa yang kita tak sangka.tak kuat.tapi alhamdulillah.mungkin kifarah bila kita telupa kejap pada DIA.

macam-macam 'rasa' untuk 2013.sentiasa kena kuat.sentiasa kena beri semnagat pada diri.pengakhiran 2013 permulaan yang sangat baik untuk sesetengah benda.macam lawa land.hadiah untuk diri sendiri.bila tengok lawa land makin menjadi..syukur sangat.

insyaALLAH kena usaha lebih banyak.doa lebih banyak supaya perancangan tu menjadi.
dan permulaan untuk jadi manusia yang lebih baik.makin hari kita belajar makin rasa betapa jauhnya kita dengan DIA

mudah-mudahan istiqamah.
mungkin susah.tapi semangat kena kuat.

apa ALLAH bagi dulu cuma teguran kecil.betul.bila kita 'terasa' masa tu baru kita kembali mencari DIA.


bismillah untuk 2014
semoga dipermudahkan di sepanjang perjalanan dan perancangan hidup.amin.
untuk korang juga ;)