hasilnya..

Thursday, April 17, 2014

.poslambat.

assalamualaikum
rajinyaaa saya.hahaha

macam tula.kalau da seru nak update blog sampai.kejap-kejap nak bukak blog update ;p

sebenarnya tengah try inbox poslaju pasal parcel banyak gila tak sampai-sampai
tak taula kenapa.geram jugak kadang.yela.of course la customer bising sebab diaorang order tapi tak sampai-sampai..ada yang beli nak pakai pegi kenduri la.nak bawak balik kampung la.so bila barang yang da diorder tak sampai on time memanglaaa diaorang bising kan

da try jugak call poslaju.sebab kenapa sekarang da poslambat sangat.baru kelmarin barang yang kitaorang pos dari bangi sampai kat customer kat seremban.barang tu kitaorang pos 2 minggu sudah..laju sangattt tu kannn.. *flip tudong*

nak marah pun kadang tefikir kesian jugak orang poslaju tu.maybe parcel belambak sangat ke..van dorang rosak ke.driver baru dapat lesen so neves pegang stereng ke.

tapi bila kena marah dengan customer kadang nak forward je kat poslaju.tapi macam da kenapa kau zalim sangat kan paiez.so sabar.sabariahh sangat ni..

maybe sebab sekarang ni da berlambak sangat kan orang beli online.so sebab tu kot jadik lambat.kadang tengok brother hantar barang ke pick up barang ke muka macam tak kose sangat nak melayan.kalau boleh 'kau bukak sendiri dik bonet van.carik mana barang kau.'haha

takpela.

layan kan aje customer ni.kita bagi kata-kata sayang sikit.harap diaorang lembut hati.
percayala kakak-kakak adik-adik semua.kalau boleh g hantar sendiri da lamaaa da p hantar sendiri parcel ni semua..


okei.sambung keje.
agak macam stress kita bebel lagi ye.

yang mana nak carik baju cantik.shawl cantik.meh datang sini



No comments: