hasilnya..

Saturday, August 27, 2016

. atok .

Semalam Jumaat genap seminggu atok tinggalkan kita semua
Khamis malam jumaat tu,kitaorang buat kenduri sikit dekat masjid.
Ada rezeki atok, jadi panjangkan pahala atok bagi orang mesjid makan
Kebetulan hari cuti esoknya,jadik dapatla anak cucu dekat sini join sekali kenduri tu.

.

Masa imam tu sebut nama arwah atok,rasa sebak sangat
Rasa macam baru je jumpa atok duduk kat kerusi dia pegang tasbih kayu dia
Tiba-tiba atok da ada dekat 'sana'
Memang dari kecik selalu duduk rumah atok
Asal cuti sekolah je,mula la duduk tido rumah atok
sampaila ke besar
jadi rapat tu lain sikit,sedih tu terasa sikit
sebab dari kecik sampai la umur 92 tahun tu kita dengan dia.so jangka masa kita dengan dia lama berbanding dengan nenek yang pergi masa kitaorang kecik-kecik lagi

.

Arwah atok ni dia pendiam sikit.tak banyak mulut orang cakap
kalau berkumpul pun,dia join.tapi dia cuma perati je telatah perangai anak cucu cicit dia
kadang je dia mencelah.

.

Arwah atok bukan jenis pelok cium cucu bila jumpa.bukan.mesra dia tu laen
bila balik keja,memang akan singgah rumah dia,sebab mak selalu ada situ
kadang tu tak masuk pun,sembang dekat tingkap..dia tanya sehat tak.makan apa tadi.keje macam mana.
benda simple je
tapi setiap hari, setiap kali singgah itula soalan dia.
bila nak balik dia mesti pesan-hatihati bawak kete tu
simple je.tapi tu la benda yang buat kita ingat dia

.

Satu perangai atok,bila kita salam dia,mesti dia cakap doa dia pada kita dan- nanti doakan atok ye.
rasanya pada semua cucu dia akan cakap macam tu
bila hari raya,bila kita salam pelok dia,mesti dia doa untuk kita sungguh-sungguh sangat.
rindu!
atok ni walaupon dia da 92 tahun,tapi dia ingat nama cucu dia.dia tau cucu ni belaja mana.sampai mana.keje mana.walaupon cucu dia ada dekat 60 orang.
;)

.

Atok pergi hari jumaat pagi.waktu tahajud
hari yang dia nak sangat dia pergi.setiap kali dia saket,dia selalu cakap.bia Allah amek atok hari jumaat
dan dia pergi waktu tahajud.waktu dia selalu bejaga.
apa dia nak,Alhamdulillah Allah bagi

.

Macam mana mudahnya hidup atok masa hayat dia,macam tu la juga masa dia 'pergi'
mudah sangat
Alhamdulillah.dari saat dia saket on off sampai dia pergi,setiap hari anak,cucu cicit ada je datang tengok dia
dan Alhamdulillah.waktu-waktu terakhir atok tu semua anak dia dari yang tua sampai yang bongsu ada dengan dia.cucu cicit dia
rezeki atok

.

Banyak kenangan dengan atok.macam mana atok aja buang daun dekat buah durian.kenangan tolong sapu laman rumah atok yang luas bila cuti.kenangan mintak gula-gula dekat tingkap bilik atok.kenangan atok aja pasal buah nenas.aishh.banyak lagi sebenarnya.

.

Alhamdulillah.lama Allah pinjamkan atok pada kitaorang.
dapat rasa kasih sayang atok
dapat rasa cium tangan atok.

.

Semoga segala kebaikan atok di dunia ni,Allah gantikan dengan pahala belipat ganda di akhirat kelak
semoga Allah permudahkan segala urusan atok di sana.Amin.

.


gamba ni koleksi raya tahun lepas.masa tahun ni,kitaorang amik gamba lagi macam biasa,atok cakap setiap tahun amik gamba,tapi sekeping pon atok tak penah tengok.sebab atok ingat gamba tu dalam album.hahaha.atok,atok.




atok.kami rindu atok


Alfatihah
Hj Sanusi Bin Hj Yusoff